Ahad, 3 Mac 2013

SELAMAT DATANG

24 Februari 2013


 CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI

 Aku Sebuah Kamus

      Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan.Aku ditempatkan di sebuah kedai buku yang ternama di bandar raya Kuala Lumpur. Namaku Kamus Dwibahasa. 

   Setelah beberapa hari berada di kedai itu, seorang pelajar berbelek-belekku.Aku mempunyai 1000 halaman yang dipenuhi dengan huruf dan kata yang tersusun kemas. Aku juga mempunyai simbol-simbol untuk membantu tuanku nanti. Sebagai Kamus Dwibahasa, kata-kata yang terkandung di dalam badanku terdiri daripada dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 

    Setelah berbelek-belek, pelajar itu berasa tertarik menatap isi kandunganku.Dia juga berpuas hati terhadap kualiti kertasku lalu dia membayar hargaku di kaunter.

    Tuanku tidak jemu menatap helaian-helaian muka suratku. Ada saja kata yang ingin dirujukinya.Aku digunakan untuk mencari makna perkataan,istilah dan penerangan. kadangkala aku dibawa ke sekolahnya.Tuanku sering berkongsi menggunakan aku dengan rakan-rakannya dan adik-adiknya.

    Tuanku sentiasa memuji-mujiku.Dia berpuas hati menggunakan aku. Banyak kata baru yang dipelajarinya.Aku turut berbangga dapat menabur bakti kepada tuanku dan orang di sekelilingnya.


Latihan 1
 
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk,"Aku Sebuah Rumah" berdasarkan rangka karangan yang diberi.

Rangka Karangan
Pendahuluan
berasal dari kayu-terletak di tengah-tengah bandar-sebuah keluarga sederhana

Isi Penting
a)dijaga dengan baik-sentiasa dibersihkan-
    menjelang hari raya-dicat
b)dihias dengan bunga-bungaan-apabila rosak 
    dibaiki segera 
c)membeli rumah di tempat lain- berpindah - 
   rumah batu
d)akan dirobohkan oleh pihak berkuasa-
   didirikan tanpa kelulusan

Penutup
sedih-berbangga dapat berkhidmat





PENJODOH BILANGAN

  • Penjodoh bilangan-kata yang digunakan secara berpasangan dengan kata nama apabila menunjukkan bilangan orang,benda,tempat dan haiwan.
  • Digunakan bersama-sama dengan kata bilangan
  •  Contoh : dua batang kayu,sekaki payung, seutas rantai dan sebagainya..... 



Latihan 2
Pilih jawapan yang sesuai.

1. Tok Akib sedang membersihkan se _________ 
    keris lama peninggalan arwah ayahnya.

A pucuk
B buah
C bilah
D laras  

2. Puan Hajar menghiris se________ daun kunyit 
    lalu memasukkannya ke dalam rendang daging.


A helai
B jambak
C kuntum
D batang

3. Encik Harun menyimpan se________ kunci di 
    dalam laci itu.


A batang
B gugus
C untai
D tangkai

4. Puan Hasmah menggadaikan se_____ rantai emas 
    untuk membantu suaminya yang memerlukan
    wang.


A utas
B relung
C untai
D lembar

5. Abang membeli se_________ kek untuk adik 
    sempena hari lahirnya.


A potong
B keping
C cebis
D biji





Kata Nama Am

  • Kata nama am ialah yang menunjuk kepada orang, binatang,benda,tempat dan sebagainya secara umum.

  • Contoh : buku, kotak,anak,jiran,raket,kucing,rumah



Kata Nama Khas

  • Kata Nama Khas digunakan untuk merujuk kepada seseorang secara khusus.
  • Contoh : Asraf,Chee Meng,Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur,Bahasa Melayu.
  • Kata Nama Khas dimulakan dengan huruf besar.
  • Contoh : Encik Lim Chee Tong


Latihan 3
Isi tempat kosong berdasarkan kata nama am yang diberi.

      anak      gambar      komputer     badminton      bas


1. Asraf mengajak Chee Meng bermain       
    ______________.

2. Dia menunjukkan ________ keluarganya 
    kepada Chee Meng.

3. Encik Lim Chee Tong mempunyai seorang 
    _______________.

4. Mereka menaiki _______ ke Kuala Lumpur. 

5. Asraf mahir menggunakan __________.                       


Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.
 

    Klinik Bahagia               Jepun                Puan Julia   

   Menara Berkembar Petronas          Pulau Langkawi   



1. Bangunan yang tertinggi di negara kita ialah 
    _____________.

2. Saya dan keluarga bercuti di __________.

3. Sahabat pena saya berasal dari __________.

4. ________________________ ialah guru 
    kelas saya.  

5. ________________________ tutup pada 
    hari ini.                                  




            ***Semoga berjaya buat latihan yang diberi oleh cikgu ***
 
 

Sabtu, 2 Mac 2013


Sila tonton video ini dan senaraikan lima nilai murni yang kamu perolehi daripada video ini.

VIDEO 1






 1) ____________________________________


2) ____________________________________


3) ____________________________________


4) ____________________________________


5) ____________________________________



VIDEO 2




 
 1) ____________________________________


2) ____________________________________


3) ____________________________________


4) ____________________________________


5) ____________________________________


SYABAS  !!!!! TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA !!!!!